BEIJING, 25 April – Kementerian Luar China mengerahkan panel ke Sudan dan selamat memindahkan warga China kumpulan pertama ke negara jiran.

Perkara itu diumumkan jurucakapnya Mao Ning sebagai respons terhadap notis yang dikeluarkan Kedutaan China di Sudan mengenai pemindahan warganegara China.

Terdahulu, Angkatan Bersenjata Sudan (SAF) mengesahkan bahawa China, Amerika Syarikat (AS) dan Britain akan memindahkan rakyat masing-masing dari Khartoum.

Untuk itu, Mao berkata sejak situasi di Sudan tiba-tiba berubah, kerajaan pusat sentiasa cakna keselamatan warga China yang berada di negara itu.

“Kami (Kementerian Luar) segera mengaktifkan mekanisme tindak balas kecemasan, mengekalkan komunikasi dan penyelarasan dengan pelbagai pihak, dan melakukan yang terbaik untuk memastikan keselamatan rakan senegara di Sudan dan memindahkan mereka menerusi perancangan rapi,” kata beliau semasa taklimat harian, pada Isnin.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here