JOHOR BAHRU, 27 April – Pengarah Hospital Sultanah Aminah (HSA) Johor Bahru Dr Mohtar Pungut@Ahmad dilantik sebagai Pengarah Kesihatan Johor yang baharu mulai 2 Mei ini.

Pelantikan itu dimaklumkan oleh Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan dan Perpaduan Negeri Johor Ling Tian Soon hari ini.

Menerusi hantaran di laman Facebook, Ling berkata pelantikan itu adalah bagi menggantikan Datuk Dr Aman Rabu yang bersara wajib pada 11 April lepas.

Beliau berkata ketika ini, Dr Mohtar, 55, masih memegang jawatan Pengarah HSA dan akan berkhidmat hingga akhir bulan ini. 

Ling berkata Kerajaan Negeri Johor merakamkan setinggi-tinggi ucapan tahniah kepada Dr Mohtar atas pelantikan beliau. 

“Semoga kepimpinan beliau dapat meningkatkan mutu perkhidmatan kesihatan negeri Johor dan akan terus menjadikan negeri ini maju dan cemerlang,” katanya.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here