Panggilan video isteri kepada seorang daripada kru pelantar minyak di Pelabuhan Tanjung Langsat, Pasir Gudang menjadi penyelamat apabila suami dan rakan sekerjanya menjadi mangsa rompakan sekumpulan lelaki di pelantar tersebut, Isnin lepas.

Timbalan Ketua Pengarah (Logistik) Maritim Malaysia Laksamana Madya Maritim Datuk Saiful Lizan Ibrahim berkata ketika kejadian pada kira-kira pada pukul 10.30 malam itu, hanya terdapat dua kru lelaki berusia 24 dan 32 tahun di pelantar tersebut yang berada di kedudukan 0.7 batu nautika timur laut Jeti Pelabuhan Tanjung Langsat.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here