INCHEON, 3 Mei – Pegawai kewangan dari Korea Selatan, China, Jepun dan ASEAN pada Selasa bersetuju mengenai perlunya meningkatkan jaringan keselamatan kewangan global bagi menghadapi ketidaktentuan ekonomi.

Mereka juga komited untuk mengukuhkan kerjasama kewangan serantau melalui pelbagai platform, termasuk Inisiatif Multilateralisasi Chiang Mai, menurut Agensi Berita Yonhap.

Kesepakatan itu dicapai pada Mesyuarat Menteri Kewangan ASEAN+3 dan Mesyuarat Gabenor Bank Pusat.

Mesyuarat itu berlangsung di Incheon, Seoul, di luar Mesyuarat Tahunan ke-56 Lembaga Gabenor Bank Pembangunan Asia.

“Mesyuarat itu mengiktiraf bahawa kerjasama kewangan ASEAN+3 telah memainkan peranan yang semakin penting dalam menyokong ekonomi serantau dalam menangani risiko dan cabaran.”

Para peserta juga membincangkan penubuhan “kemudahan pembiayaan pantas” yang akan membolehkan ahli mengakses pembiayaan untuk memenuhi keperluan imbangan pembayaran segera yang timbul akibat kejutan luaran seperti wabak dan bencana alam.

Peserta mesyuarat juga menyedari perluanya untuk  menarik balik sekatan berkaitan COVID-19 secara beransur-ansur, dengan mengambil kira keadaan yang bertambah baik.

Kerjasama erat antara wilayah turut membantu mempertingkat lagi keupayaan rantau ini untuk menjamin pertumbuhan pascapandemik, meminimumkan kesan dan bersedia untuk kejutan masa depan.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here