Polis Pulau Pinang akan mengambil tindakan tegas terhadap mana-mana pihak yang terus menularkan dan melakukan provokasi berhubung isu laungan azan menggunakan pembesar suara di kondominium Tri Pinnacle, Tanjong Tokong.

Ketua Polis Pulau Pinang Datuk Khaw Kok Chin berkata perkara itu telah diselesaikan secara harmoni dan kini tiada lagi konflik antara pihak surau dan badan pengurusan bersama kondominium tersebut.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here