Menteri Komunikasi dan Digital Fahmi Fadzil berkata, Rang Undang-Undang (RUU) Majlis Media Malaysia dijangka akan dibentangkan di Parlimen selewat-lewatnya Mac tahun hadapan.
Ketika ini kementeriannya sedang dalam fasa terakhir bagi menyiapkan draf RUU tersebut selepas melakukan proses libat urus bersama pemain-pemain industri media.