KUALA LUMPUR, 10 Jun – Gabungan Dewan Perniagaan dan Perindustrian Cina Malaysia (ACCCIM) berharap kerajaan akan melanjutkan tempoh pengecualian duti setem untuk hartanah bernilai antara RM500,001 dan RM1 juta hingga akhir 2025 berbanding akhir 2023 apabila membentangkan Belanjawan 2024.

Katanya ini akan menyelaraskan tempoh pengecualian duti setem untuk hartanah bernilai RM500,000 dan ke bawah, iaitu sehingga akhir 2025.

“Langkah ini dijangka membantu meningkatkan jualan hartanah baharu berharga antara RM500,000 dan RM1 juta dengan impak daripada kadar pinjaman tinggi.

“Kami turut berharap institusi kewangan akan terus menyediakan pakej gadai janji rumah yang menarik untuk pembeli rumah kali pertama sebagai menyokong Program Pemilikan Rumah.”

Pada suku pertama 2023, sektor hartanah kediaman mencatatkan 153,923 transaksi bernilai RM20.9 bilion, merosot 6.6 peratus dari segi jumlah dan 9.1 peratus dari segi nilai tahun ke tahun.

Selain itu, semua pindahan hartanah berdasarkan cinta dan kasih sayang antara pasangan, ibu bapa dan anak, datuk nenek dan cucu akan diberi pengecualian duti setem sepenuhnya yang terhad kepada RM1 juta pertama nilai hartanah.

Menurut ACCCIM, langkah ini akan turut menggalakkan pemilikan rumah kali pertama dan menyokong pembangunan hartanah kediaman, yang memberi prospek yang baik kepada industri sokongan lain.

Pengecualian duti setem akan memberi penjimatan kepada pembeli rumah.

Ia menganggarkan langkah tersebut akan memberi penjimatan sebanyak RM11,500 untuk hartanah berharga RM500,000 dan RM21,750 untuk hartanah bernilai RM1 juta.

Dalam pengumuman Belanjawan 2023, kerajaan melaksanakan pengecualian duti setem 100 peratus ke atas surat cara pindah milik dan perjanjian pinjaman untuk hartanah berharga RM500,000 dan ke bawah hingga akhir 2025 dan pengecualian 75 peratus untuk hartanah berharga antara RM500,001 dan RM1 juta (dari 1 Jun hingga akhir 2023).

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here