Mengibaratkan parti UMNO seperti pohon yang besar, Timbalan Presiden UMNO, Datuk Seri Mohamad Hasan menasihatkan ahli parti untuk sentiasa melindungi pohon itu agar semua generasi dapat menuai hasil dan berteduh.
Berucap ketika sesi penggulungan sempena Perhimpunan Agung UMNO 2023, beliau mengingatkan agar jangan sesekali menebang pohon selepas ianya membuahkan hasil.