KUALA LUMPUR, 14 Jun — Majlis Getah Malaysia (MRC) telah melantik Datuk Seri Mohamad Suparadi Md Noor sebagai Pengerusi Lembaga Pemegang Amanah majlis itu.

Pelantikan itu dibuat pada saat-saat kritikal, yang mana,  industri getah global sedang berhadapan dengan cabaran serta peluang yang belum pernah berlaku sebelum ini selepas pandemik COVID-19. 

“Kepimpinan strategik dan pengetahuan industri beliau akan memainkan peranan penting dalam mengemudi dinamik yang serba kompleks ini, seterusnya, memastikan pertumbuhan dan kemakmuran sektor getah Malaysia yang berlanjutan.

Beliau merupakan bekas pengerusi TEKUN Nasional pada 2018 selain itu, pernah berkhidmat sebagai pengarah eksekutif Iris Corporation Bhd dari 2004 hingga 2009 dan merupakan pengarah eksekutif Yayasan Hijrah Selangor pada 2021.

Beliau juga memegang beberapa peranan dalam pelbagai industri sejak dua dekad yang lalu. 

Beliau kini merupakan Pengerusi Eksekutif DSN Group, sebuah konglomerat yang terlibat dalam pelbagai industri seperti kesihatan, pelaburan, pertanian, penternakan tenusu, hartanah serta makanan dan minuman.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here