WASHINGTON, 20 Jun – Setiausaha Negara Amerika Syarikat (AS) Antony Blinken pada Isnin menggesa China menggunakan pengaruhnya ke atas Pyongyang untuk menghentikan negara itu daripada terus membuat provokasi.

Gesaan itu dibuat berikutan spekulasi Korea Utara akan melancarkan roket angkasa lepas yang melanggar resolusi Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNSC).

Blinken menegaskan China berada dalam kedudukan “unik” untuk menggalakkan Korea Utara bertindak secara bertanggungjawab.

“Kami juga bercakap mengenai peningkatan retorik dan tindakan melulu Korea Utara.

“Semua anggota masyarakat antarabangsa mempunyai kepentingan untuk menggalakkan DPRK bertindak secara bertanggungjawab, menghentikan pelancaran peluru berpandu selain mula terlibat dalam program nuklearnya,” kata diplomat tertinggi AS itu.

Kenyataan Biden itu susulan kegagalan percubaan Korea Utara melancarkan satelit pengintip ketenteraan ke orbit bulan lalu.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here