KUALA LUMPUR, 26 Jun – Jalan utama yang menghubungkan Kuala Lipis ke Gua Musang yang sebelum ini ditutup sejak 3 April lalu bagi kerja-kerja pemasangan cerucuk untuk projek Lingkaran Tengah Utama (LTU) Pakej 3B dan 3C kembali dibuka semula hari ini untuk kegunaan orang ramai.

Menteri Kerja Raya, Datuk Seri Alexander Nanta Linggi ,berkata laluan berkenaan telah dibuka semula kepada kenderaan ringan selepas kerja-kerja pemasangan cerucuk itu siap Khamis lalu dan pembukaan ini akan memberi kemudahan kepada penduduk tempatan dan pengguna jalan raya dari Kuala Lumpur.

“Saya juga berharap pembukaan laluan ini akan memberi kemudahan dan keselesaan kepada anak perantauan ke Kelantan sempena sambutan Aidiladha Khamis ini dan selepas musim perayaan nanti,” katanya.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here