GENEVA, 29 Jun – China selama ini tidak pernah berganjak daripada usaha memelihara kerjasama dan solidariti antarabangsa serta mendorong pembentukan komuniti berkongsi nasib sesama insan, demi pembangunan dunia yang semakin baik.

Demikian kata Wakil Tetap China ke Pejabat Geneva Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) dan lain-lain pertubuhan antarabangsa di Switzerland, Chen Xu pada Sidang Ke-53 Majlis Hak Asasi Manusia Bangsa-Bangsa Bersatu (UNHRC) yang diadakan semalam.

Menurut Chen, Perisytiharan dan Garis Panduan Vienna yang diluluskan tiga dekad lalu memperlihatkan tekad masyarakat antarabangsa untuk mengayunkan selangkah baharu demi peningkatan kerjasama dan solidariti antarabangsa dan kemajuan substantif dalam bidang hak asasi manusia.

“Perkembangan hak asasi manusia ke arah yang sihat memerlukan solidariti dan kerjasama tetapi bukanlah pemecahbelahan dan konfrontasi. 

“Solidariti antarabangsa bukan sahaja patut dilihat sebagai satu hak dan kepentingan, tetapi juga satu kewajipan,” katanya. 

Beliau berkata China menyeru pelbagai negara mentaati manifesto dan panduan yang terkandung dalam Piagam PBB, mengadakan pertukaran dan kerjasama berdasarkan prinsip saling menghormati. 

“China turut menentang modus operandi yang mempolitikkan dan memperalatkan isu hak asasi dan bertindak pantas menyumbang kepada pembangunan hak asasi manusia ke arah yang sihat dalam senario global,” katanya.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here