Perdana Menteri China Li Qiang mengutus kawat tahniah kepada Kay Rala Xanana Gusmao yang mula memegang jawatan sebagai Perdana Menteri Timor Leste pada Sabtu.

Li menyifatkan Xanana sebagai pemimpin yang dikasihi rakyat negaranya, dan kawan karib rakyat China.

Beliau memuji usaha Xanana dalam mendorong pembangunan hubungan bilateral sejak sekian lama, khususnya menyumbang kepada penjalinan ikatan diplomatik China-Timor Leste sempena hari kemerdekaan negara itu. 

Li turut menyuarakan kesediaan untuk bersama Xanana melonjakkan perkongsian kerjasama komprehensif China-Timor Leste ke tahap baharu demi manfaat rakyat kedua-dua negara.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here