Pengerusi Pakatan Harapan Negeri Sembilan, Datuk Seri Aminuddin Harun menyerahkan kepada Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk mengumumkan pengagihan kerusi 36 DUN termasuk kerusi Lenggeng.
Setakat ini hanya DUN Lenggeng yang menjadi tanda tanya sama ada ditandingi oleh calon PH atau Barisan Nasional pada PRN, 12 Ogos ini.