PUTRAJAYA, 3 Ogos – Mesyuarat khas Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) bagi membincangkan urusan dan tarikh-tarikh penting untuk Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Pulai dan Dewan Undangan Negeri (DUN) Simpang Jeram, Johor sedang berlangsung di Menara SPR di sini.

Mesyuarat dipengerusikan Pengerusi SPR, Tan Sri Abdul Ghani Salleh itu turut dihadiri Timbalan Pengerusi SPR Dr Azmi Sharom dan Setiausaha SPR Datuk Ikmalrudin Ishak.

Ahli-ahli SPR yang turut menghadiri mesyuarat terdiri daripada Zoey Randhawa, Dr Mohd Faisal Syam Abdol Hazis, Datuk Nik Ali Mat Yunus dan Datuk Dr Lee Bee Phang.

PRK bagi Parlimen Pulai dan DUN Simpang Jeram diadakan berikutan kematian penyandangnya yang juga Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup Datuk Seri Salahuddin Ayub pada 23 Julai lepas.

Salahuddin, 61, yang juga Timbalan Presiden Amanah meninggal dunia di Hospital Sultanah Bahiyah di Alor Setar, Kedah pada 9.23 malam setelah ditidurkan selepas menjalani pembedahan akibat pendarahan otak.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here