Malaysia akan mengemukakan cadangan baharu berhubung projek Kereta Api Berkelajuan Tinggi (HSR) Kuala Lumpur – Singapura kepada republik berkenaan.
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, cadangan itu akan dibawa selepas memperoleh keputusan awal di peringkat kerajaan.