Kerajaan berhasrat memperkenalkan jenis sekolah baharu menyasarkan anak golongan paling miskin di negara ini.
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, pelaksanaan jenis sekolah berkenaan akan berpandukan kerangka sekolah menengah sains serta berasrama penuh yang memfokuskan kepada golongan terbabit.