Seramai 771 orang dilepaskan daripada status muflis melalui inisiatif pelepasan bankrap dengan hutang berskala kecil di Kedah, sejak ianya dilancarkan pada awal Mac.
Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-Undang dan Reformasi Institusi), Datuk Seri Azalina Othman Said berkata, hasil kelulusan pindaan Rang Undang-Undang Insolvensi (Pindaan) 2023, pihaknya sedang mengkaji untuk menaiktaraf sistem perisian yang sedia ada, agar pelepasan status bankrap dapat dibuat dengan lebih cepat dan berkesan.