PUTRAJAYA, 12 Ogos – Lima negeri mencatatkan peratusan keluar mengundi melebihi 60 peratus setakat pukul 4 petang, demikian menurut Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR).

Terengganu merekodkan peratusan keluar mengundi tertinggi iaitu 70 peratus diikuti Kedah (68 peratus), Pulau Pinang (67 peratus), Selangor (65 peratus) dan Negeri Sembilan (62 peratus).

Kelantan masih lagi rendah dengan peratusan keluar mengundi dicatatkan 56 peratus setakat 4 petang tadi.

Peratusan keluar mengundi bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Kuala Terengganu yang dicatatkan setakat 4 petang tadi adalah 67 peratus.

Sebanyak 3,190 pusat pengundian yang mengandungi 17,048 tempat atau saluran mengundi sempena PRN di enam negeri, dibuka bermula 8 pagi tadi.

Turut dibuka ialah 41 pusat mengundi membabitkan 217 tempat atau saluran mengundi bagi PRK Parlimen Kuala Terengganu.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here