Diamanahkan untuk menjahit Jalur Gemilang gergasi ternyata bukan sahaja mencetuskan perasaan bangga malah menyemarakkan lagi semangat patriotisme dalam jiwa Kamaruddin Samudin, 52 tahun, atau ‘Tailor Deen’, lebih-lebih lagi menjelang ulang tahun kemerdekaan negara ke-66.

Beliau berpengalaman lebih 20 tahun dalam bidang jahitan berkata bendera gergasi berukuran 12 meter panjang dan 6 meter lebar itu dihasilkan untuk kegunaan Kawasan Rukun Tetangga Presint 17-R-K-1.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here