BANDARAYA MEXICO, 21 Ogos – Bernardo Arévalo, memenangi pilihan raya presiden pusingan kedua di Guatemala, selepas kempen pilihan raya yang bergolak.

Arévalo, dari parti Movimiento Semilla menewaskan bekas wanita pertama, Sandra Torres, dengan memperoleh 58.85 peratus berbanding 36.40 peratus selepas hampir semua undi dihitung oleh Pihak Berkuasa Pilihan Raya pada petang Ahad.

Arévalo, dengan rancangannya untuk memerangi rasuah dan penghakisan demokrasi akan menggantikan penyandang konservatif Alejandro Giammattei, yang telah mencapai had penggalnya dan tidak dibenarkan bertanding semula.

Proses pilihan raya diselubungi percubaan oleh golongan politik dan pejabat peguam negara untuk menghalang kemaraan Arévalo menurut undang-undang.

Kesatuan Eropah menyatakan kebimbangan mengenai perkara ini.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here