Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah menegur segolongan kelompok masyarakat, ahli politik serta pemimpin parti politik yang menggunakan kata-kata kesat serta biadap ketika kempen pilihan raya termasuk dengan mengheret institusi raja ke dalam ceramah.

Titah baginda, keadaan itu menggambarkan terhakisnya rasa hormat mereka terhadap institusi raja dan kesultanan Melayu yang menjadi payung kepada umat Islam, orang Melayu serta bangsa lain.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here