10 Ahli Majlis Kerajaan Negeri Selangor (Exco) yang mengangkat sumpah sebagai Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (MMKN) semalam tekad mahu membangunkan negeri itu.
Menjunjung titah Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah, barisan pentadbiran kerajaan negeri yang baharu itu kini perlu bekerja lebih kuat demi rakyat dan mengembalikan kegemilangan negeri itu.