ISKANDAR PUTERI, 31 Ogos – Kek vegetarian berbentuk Jalur Gemilang gergasi yang dihasilkan bersempena sambutan Hari Kebangsaan ke-66 hari ini mencipta sejarah apabila tercatat dalam Malaysia Book Of Records (MBOR) sebagai kek vegetarian terbesar.

Master Cef Selebriti Malaysia Michael Ooi Beng Hock yang mengetuai pembuatan kek tersebut, berkata ia dihasilkan dengan kerjasama Tourism Johor dan kumpulan cef dari beberapa hotel di negeri ini serta Persatuan Juara Juru Masak Malaysia (MCMA).

Beliau berkata kek seberat 750 kilogram (kg) dan bersaiz 2.7 meter (m)  panjang dan 1.5m lebar itu, dihasilkan dalam masa 48 jam.

“Kek ini tidak menggunakan telur sebaliknya hanya tepung, gula aising dan marjerin serta ditambah coklat chip dan coklat rice. Secara keseluruhan kami guna kira-kira 600kg tepung,” katanya.

Sesi memotong kek berkenaan disertai Pengarah Tourism Johor Suhairi Hashim, Anggota Dewan Undangan Negeri Kota Iskandar Datuk Pandak Ahmad serta Ketua Pegawai Eksekutif Star Vendors Event Sdn Bhd Datuk Saripah Raziah Mustapha atau Ifa Raziah.

Michael berkata kek tersebut turut diberikan secara percuma kepada pengunjung yang hadir ke festival berkenaan.

Menurutnya penghasilkan kek vegetarian itu pada masa sama memberi pendedahan dan pengalaman baharu kepada cef muda yang menyertai acara itu.

“Apa yang penting melalui acara ini kita dapat tolong cef muda menimba pengalaman lebih-lebih lagi dalam mempersiapkan diri mereka untuk menyertai pertandingan di luar negara,” katanya.

MJF 2023 yang diadakan dari 26 Ogos hingga 3 Sept dianjurkan oleh kerajaan negeri menerusi Tourism Johor dengan kerjasama pelbagai agensi dan Star Vendors.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here