Dokumentari 30 minit terbitan Bernama TV merupakan satu-satunya mewakili Malaysia pada tahun ini, berjaya menempah kedudukan ke peringkat separuh akhir pertandingan NYIFA; New York International Film Awards 2023.
‘Endless Ties: Uniting Waste and Humanity’ hasil karya Ketua Program BTV, Hazlinda Hamzah bersama pasukan penerbitan, bakal bersaing bersama kira-kira enam puluh buah dokumentari lain daripada negara-negara di seluruh dunia.