ISTANBUL, 4 Sept – Perdana Menteri China Li Qiang akan menghadiri sidang kemuncak G20 di India pada hujung minggu ini dan bukannya Presiden Xi Jinping, perkembangan yang disahkan pada Isnin.

“Atas jemputan kerajaan Republik India, Perdana Menteri Li Qiang akan menghadiri Sidang Kemuncak G20 ke-18 yang akan diadakan di New Delhi, India pada 9 dan 10 Sept,” menurut Kementerian Luar China.

India tuan rumah mesyuarat itu dengan penyertaan ramai pemimpin dunia termasuk Presiden AS Joe Biden, kecuali Presiden Rusia Vladimir Putin.

Li akan menghadiri sidang kemuncak tahunan Persatuan Negara-negara Asia Tenggara (ASEAN) di Indonesia mulai Selasa dan dijangka terbang ke New Delhi dari Jakarta pada Jumaat.

China berkata ia “mengharapkan” sidang kemuncak itu mencapai “konsensus untuk menangani cabaran dalam ekonomi dan pembangunan, menyampaikan keyakinan kepada dunia luar dan menggalakkan kemakmuran dan pertumbuhan bersama,” memetik kementerian itu sebagai berkata.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here