BEIJING, 14 Sept – Usaha melindungi alam sekitar dan menjana pertumbuhan ekonomi yang digerakkan serentak di China, berjaya mewujudkan situasi sama menang, kata ketua jurutera Kementerian Ekologi dan Alam Sekitar, Liu Bingjiang pada sesi dialog anjuran Persatuan Diplomasi Awam China di sini pada Rabu.

Beliau berkata Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) China berkembang sebanyak 69 peratus sejak 2013 hingga 2022, manakala kepekatan partikel halus bersaiz 2.5 mikron dan ke bawah (PM2.5) menurun 57 peratus.

“KDNK kami (China) berkembang pesat dalam tempoh 10 tahun lalu, manakala kepekatan jirim zarahan halus terus menurun. Pencapaian itu memanglah satu situasi menang-menang,” kata Liu.

Kualiti udara di Beijing, Tianjin, Hebei serta Delta Sungai Yangtze dan Dataran Fenwei bertambah baik apabila tiada kawasan yang mencatatkan pencemaran udara.

“Sebagai contoh, tahap pencemaran PM2.5 di Beijing menjunam daripada 89.5μg/m³ kepada 30μg/m³. Ia dianggap sebagai ‘Keajaiban Beijing’ oleh Program Alam Sekitar Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNEP),” ujar beliau.

Menurut pakar berkenaan, penggunaan tenaga bersih bagi tempoh sedekad lalu merekodkan peningkatan sebanyak 41.4 peratus.

China kini mempunyai kapasiti terpasang terbesar di dunia untuk tenaga angin, suria dan hidro.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here