Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi menggesa seluruh masyarakat, tidak kira di mana berada untuk meraikan sambutan Hari Malaysia, meskipun sambutan peringkat kebangsaan tahun ini akan berlangsung di Kuching, Sarawak.
Menurutnya, semangat patriotisme terhadap negara harus diterjemahkan dengan komitmen tinggi daripada semua pihak.