Lebih 150 ketua negara dan kerajaan serta ratusan menteri, diplomat, wakil badan bukan kerajaan dan wartawan berhimpun di New York untuk menghadiri sesi ke-78 Perhimpunan Agung Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (UNGA) yang bermula Isnin.
Jabatan Polis New York (NYPD) mengetatkan tahap keselamatan termasuk menutup beberapa jalan di Manhattan atas sebab-sebab keselamatan.