Kementerian Pendidikan Malaysia berhasrat mewujudkan Program Pendidikan Khas Integrasi (PPKI) di semua sekolah bagi memastikan tiada kanak-kanak kurang upaya tercicir daripada mendapat pendidikan sewajarnya.
Timbalan Menteri Pendidikan, Lim Hui Ying berkata pihaknya sedang berusaha memperbanyakkan lagi PPKI di semua sekolah, namun cabarannya adalah kekurangan golongan pendidik.