Dokumen Triti Laut Sulawesi ditandatangani Malaysia dan Indonesia 8 Jun lalu, belum boleh dikongsi kepada umum disebabkan proses ratifikasi berbeza kedua-dua negara.
Timbalan Menteri Luar, Datuk Mohamad Alamin berkata berdasarkan amalan antarabangsa, dokumen itu boleh dikongsi setelah kedua-dua negara menyempurnakan proses ratifikasi berdasarkan undang-undang domestik masing-masing.