BEIJING, 25 Sept – Ekspo China-Arab ke-6 yang berlangsung selama empat hari di Yinchuan, wilayah Ningxia telah membuahkan hasil kerjasama sebanyak 403 item, yang melibatkan rancangan pelaburan dan perdagangan bernilai RMB170.97 bilion (RM110 bilion). 

Sementara itu, terdapat dua laporan termasuk Laporan Kemajuan Perkembangan Hubungan Ekonomi dan Perdagangan China dan Arab 2022 diluluskan dalam tempoh Ekspo, yang juga menyaksikan termeterainya persepakatan untuk membekalkan 300 buah teknologi tinggi yang sesuai dipakai kepada negara Arab, beserta 36 buah perjanjian kerjasama strategik mengenai zon kluster industri. 

Arab Saudi selaku negara kehormat Ekspo yang menghantar satu rombongan ekonomi dan perdagangan yang terdiri daripada lebih 150 orang ke Yinchuan, berjaya menandatangani projek kerjasama sebanyak 15 buah yang bernilai RMB12.4 bilion (RM7.95 bilion).

Menurut maklumat berkenaan, para pengunjung Ekspo berpeluang melihat lebih 12,000 jenis produk yang merangkumi bidang sains dan teknologi, ekologi, budaya dan pelancongan yang disediakan oleh hampir seribu buah syarikat dari 33 buah  negara asing dan 29 buah bandar dan provinsi domestik.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here