BEIJING, 28 Sept – China mempunyai keupayaan dan keazaman untuk mengambil segala langkah yang diperlukan bagi melindungi perkembangan sihat perikanan laut domestiknya demi kepentingan negara dan kesihatan rakyat.

Demikian dinyatakan jurucakap Kementerian Luar China, Wang Wenbin ketika menjawab soalan mengenai pemantauan bahan radioaktif di perairan kawalan China.

Wang berkata, setelah Jepun membuang air tercemar dari Loji Janakuasa Nuklear Fukushima, kerajaan China segera mengambil langkah yang wajar dan rasional, termasuk melaksanakan pemantauan, menjalankan tindakan kecemasan terhadap produk aquatik yang diimport dari Jepun, di samping memperhebat pengawasan risiko pencemaran bahan nuklear dalam hasilan aquatik.

Katanya, rancangan Jepun membuang air tercemar nuklear akan memakan masa selama puluhan tahun. Adalah sangat sukar untuk memastikan sama ada air buangan itu selaras dengan kriteria atau tidak.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here