Skuad hoki wanita negara berjaya mengubat luka kekalahan terhadap India Jumaat lalu, selepas mencatat kemenangan kedua bagi saingan kumpulan A.
Malaysian Tigress mempamerkan kebangkitan luar biasa, apabila membelasah Singapura 8-1 dalam perlawanan ketiga, di Stadium Gongshu Canal Sports Park pada Ahad.