BEIJING, 21 Okt – China telah mengenakan sekatan baharu terhadap eksport grafit, bahan mentah utama dalam pengeluaran bateri kenderaan elektrik (EV).

Kementerian Perdagangan dan Kastam pada Jumaat berkata, di bawah peraturan baharu itu, China memerlukan lesen eksport khas untuk tiga gred mineral itu yang ‘sangat sensitif’ .

Pihak berkuasa itu berkata, langkah diambil atas alasan ‘keselamatan negara’ dan kawalan eksport pada grafit adalah “amalan antarabangsa yang biasa”.

Untuk lima jenis grafit yang kurang sensitif yang digunakan misalnya dalam industri keluli, China menghapuskan kawalan eksport.

Pemerhati di dalam dan luar China percaya langkah Beijing itu sebagai tindak balas terhadap sekatan AS dalam sektor teknologi.

Washington baru-baru ini mengetatkan eksport mikrocip untuk kecerdasan buatan – sektor penting yang cuba dikuasai oleh China.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here