Jabatan Meteorologi Malaysia menasihati orang ramai supaya sentiasa peka dengan perubahan cuaca, susulan jangkaan empat hingga enam episod hujan lebat melanda negara bermula bulan depan hingga Feb 2024, yang berpotensi mengakibatkan banjir di kawasan berisiko.

Pengarah Pusat Operasi Cuaca dan Geofizik Nasional MetMalaysia–Dr Fariza Yunus berkata perubahan cuaca itu berlaku disebabkan Monsun Timur Laut (MTL) yang bermula pada pertengahan bulan depan hingga Mac 2024.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here