Unjuran keperluan jururawat di sektor awam pada 2025 adalah 113,472 orang.
Menteri Kesihatan Dr Zaliha Mustafa memaklumkan, jumlah tersebut mengambil kira keperluan jururawat di fasiliti baharu dan unjuran atrisi jururawat yang meletakkan jawatan, bersara dan meninggal dunia serta jururawat berhijrah ke luar negara.