Seramai 250 belia India dari seluruh negara bakal dilatih melalui Program Pembangunan Automasi Elektrik (EEAP) untuk membantu membina kemahiran dalam bidang automasi industri, serta melahirkan lebih ramai tenaga kerja mahir dalam sektor kenderaan elektrik (EV).

Pengerusi Jawatankuasa Pasukan Petugas Khas Unit Transformasi Masyarakat India Malaysia (MITRA) Jabatan Perdana Menteri, Datuk Ramanan Ramakrishnan berkata program ini juga bertujuan meningkatkan taraf hidup komuniti India dari golongan B40 dengan memberikan akses dan peluang kerjaya terbuka dalam industri EV.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here