Pesawat kargo 9M-WCA yang membawa bantuan awal peringkat pertama sumbangan ke Palestin menerusi Ops Ihsan selamat mendarat di Lapangan Terbang Tentera El-Arish, Mesir.
Pesawat itu yang disewa khas kerajaan Malaysia, tiba 8.50 pagi waktu tempatan atau 12.50 tengah hari waktu Malaysia.