BEIJING, 19 Dis — Persatuan Palang Merah China (RCSC) memulakan respons kecemasan Tahap II dan menghantar pasukan petugas ke kawasan bencana selepas kejadian gempa bumi berukuran 6.2 pada skala Richter menggegarkan wilayah Gansu di barat laut China lewat Isnin, lapor Xinhua.

Mekanisme penyelarasan kecemasan di barat laut China juga telah diaktifkan manakala pasukan mencari dan menyelamat, pasukan bantuan perubatan dan bencana telah dikerah, menurut RCSC.

Setakat ini, organisasi itu telah memperuntukkan lima juta yuan (US$704,000) bagi dana bantuan bencana.  

Kumpulan pertama bekalan bantuan bencana serta pasukan penyelamat telah tiba di kawasan terjejas.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here