Kerajaan telah mengadakan 5,573 sesi Jualan Agro MADANI di seluruh negara membabitkan nilai jualan RM92.76 juta setakat 24 Dis, sekali gus melebihi sasaran ditetapkan tahun ini.

Berdasarkan infografik status pencapaian Jualan Agro MADANI bertarikh 24 Dis yang dikeluarkan Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan, jumlah itu termasuk 1,097 sesi jualan di kawasan perumahan berkepadatan tinggi dan 546 sesi jualan di kompleks kerajaan.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here