SHAH ALAM, 18 Jan – Siri Jelajah MADANI peringkat negeri Selangor akan dilaksanakan selama tiga hari pada 23 hingga 25 Feb di Stadium Kuala Selangor, dekat sini.

Menteri Besar Selangor Datuk Seri Amirudin Shari berkata program itu akan menjadi platform hebahan berhubung inisiatif membantu dan meringankan beban rakyat yang dilaksanakan oleh kerajaan Pusat dan kerajaan negeri.

“Sebahagian yang dipamerkan adalah (inisiatif kerajaan Pusat) dan program negeri yang (rakyat) boleh dapat manfaat sebab mungkin ada lagi rakyat tidak berapa tahu dan faham tentang rancangan Kerajaan Selangor.

“Insya-Allah dijangka Perdana Menteri (Datuk Seri Anwar Ibrahim) akan turun pada hari terakhir untuk acara penutup,” katanya selepas menyempurnakan Majlis Graduasi Sekolah Digital Selangor di sini, hari ini.

Menteri Komunikasi Fahmi Fadzil sebelum ini dilaporkan berkata Selangor akan menjadi negeri pertama sebagai hos bagi siri Jelajah MADANI peringkat negeri.

Fahmi yang juga jurucakap Kerajaan Perpaduan berkata Perdana Menteri dalam mesyuarat Kabinet pada 3 Jan lalu, bersetuju untuk melakukan Jelajah MADANI bagi peringkat negeri, selepas kejayaan penganjuran Program Setahun Bersama Kerajaan Madani di pekarangan Stadium Bukit Jalil, Kuala Lumpur pada Disember lepas.

Pada 10 Dis 2023, Fahmi dilaporkan berkata penganjuran Jelajah MADANI akan diadakan di peringkat negeri dan mencadangkan semua kementerian untuk turut serta mempamerkan inisiatif serta pencapaian kerajaan yang khusus bagi negeri berkenaan.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here