NEW DELHI, 19 Jan – Menteri Luar Maldives Moosa Zameer dan Timbalan Menteri Luar Malaysia Datuk Mohamad Alamin mengadakan perbincangan untuk memperkukuh kerjasama antara kedua-dua negara di luar mesyuarat peringkat menteri Pergerakan Negara-Negara Berkecuali (NAM) di Kampala, Uganda.

Menurut Kementerian Luar Maldives, perbincangan itu tertumpu kepada usaha memupuk hubungan yang lebih erat.

“Kami meneliti hubungan teguh antara Maldives dan Malaysia dan membincangkan kaedah untuk meningkatkan kerjasama dalam bidang pembangunan sosial,” kata Moosa dalam hantaran di media sosial.

Sementara itu, Menteri Luar Maldives pada Disember berkata Malaysia merupakan destinasi pilihan bagi sejumlah besar rakyatnya untuk pendidikan dan pelancongan serta terdapat ruang bagi mengukuhkan hubungan dua hala.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here