Perdana Menteri memberi jaminan pemberian bonus yang lebih baik kepada Jabatan Kastam Diraja Malaysia berbanding tahun-tahun sebelumnya.
Beliau yang juga Menteri Kewangan berkata ia merupakan penghargaan kepada kejayaan dan prestasi yang ditunjukkan warga JKDM atas sumbangan mereka kepada negara terutamanya hasil kutipan cukai sepanjang 2023.