Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah berkenan menyaksikan tayangan perdana dokumentari khas berjudul ‘Menjunjung Kasih Tuanku’ terbitan Bernama TV di Istana Negara malam tadi.

Seri Paduka berkenan menonton dokumentari mengisahkan pemerintahan baginda selaku YDPA ke-16 bersama Raja Permaisuri Agong Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah ketika bersantap selepas majlis bacaan Surah Yasin, tahlil dan doa selamat di Surau Utama Istana Negara.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here