JERTIH, 27 Jan – Kerajaan Terengganu sedang mengenal pasti jalan-jalan utama di seluruh negeri yang sering terjejas akibat banjir pada musim tengkujuh, untuk ditinggikan daripada paras asal, kata Menteri Besar Datuk Seri Dr Ahmad Samsuri Mokhtar.

“Saya difahamkan pejabat daerah telah berbincang dengan Jabatan Kerja Raya (JKR) untuk mengenal pasti jalan yang rendah supaya dimasukkan dalam perancangan untuk ditinggikan daripada paras asal supaya tidak ditenggelami banjir.

“Ia akan dinaik taraf bagi mengatasi isu laluan terputus setiap kali berlaku banjir di lokasi-lokasi tertentu,” katanya.

Beliau berkata kerja-kerja menaik taraf jalan utama akan dilakukan secara berperingkat selepas Monsun Timur Laut berakhir, dijangka pada penghujung Mac ini.

Dalam pada itu, Ahmad Samsuri berkata beliau tidak menolak banjir yang berlaku, terutama di kawasan yang tidak pernah terjejas sebelum ini, adalah disebabkan oleh pembangunan secara tidak terancang yang dilakukan oleh pihak-pihak tertentu dan orang perseorangan.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here