Malaysia menerima ketibaan 40 penerbangan sewa khas yang membawa pelancong dari pelbagai negara sejak 1 Januari lalu, sekali gus menjadi satu petanda positif buat industri pelancongan negara tahun ini.

Sehubungan itu, Ketua Pengarah Tourism Malaysia Datuk Dr Ammar Abd Ghapar berkata, pihaknya akan mempergiatkan usaha menggalakkan syarikat penerbangan untuk memperbanyakkan lagi penerbangan sewa khas ke Malaysia bagi meningkatkan kemasukan pelancong asing ke negara ini.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here