PUTRAJAYA, 22 Mac – Proses penukaran status Pelabuhan Bintulu kepada Pelabuhan Negeri Sarawak dijangka selesai tahun ini dan keseluruhan operasi pelabuhan itu akan diserahkan sepenuhnya kepada kerajaan negeri menjelang  2025, kata Menteri Pengangkutan Anthony Loke.

Bercakap kepada media selepas pemeteraian memorandum persefahaman (MoU) penukaran status itu, Loke berkata ia merupakan detik yang penting dan bersejarah.

MoU itu dimeterai antara Loke dan Timbalan Premier merangkap Menteri Infrastruktur dan Pembangunan Pelabuhan  Sarawak Datuk Amar Douglas Uggah Embas.

Majlis itu disaksikan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Premier Sarawak Tan Sri Abang Johari Tun Openg.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here