BEIJING, 27 Mac – China berjaya melancarkan satelit Yunhai-3 02 dengan menggunakan roket pembawa Long March-6 yang terubahsuai di Pusat Pelancaran Satelit Taiyuan pada jam 6:51 pagi tadi.
Satelit Yunhai-3-02 digunakan terutamanya untuk memantau persekitaran atmosfera dan marin, persekitaran angkasa, pencegahan dan mitigasi bencana, dan eksperimen sains.
Pelancaran tersebut merupakan penerbangan ke-514 bagi roket siri Long March.