Keperluan utama Kementerian Belia dan Sukan dan Majlis Sukan Negara buat masa ini adalah membangunkan bakat dalam negara, dan bukan untuk menganjurkan apa-apa temasya sukan bertaraf antarabangsa.
Menteri Belia dan Sukan, Hannah Yeoh berkata pembangunan bakat perlu diberikan keutamaan untuk mewujudkan barisan atlet yang mampu bersaing di persada dunia.